Friday, June 27, 2008

KHALID "MENTEI BESAR"?

Khalid Ibrahim hari ini ( 23/06/2008) telah memecat pegawai kanan yang telah dilantiknya sebaik sahaja menjadi MB Selangor. Nama pegawai itu ialah Yahya Shahri, aktivis PKR Selangor.

Yangya Shahri dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dengan memonopoli pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya.

Penyokong-penyokong Yahya telah berkumpul di Diamond Square Gombak minggu lalu untuk berbincang strategi menjatuhkan Khalid sebagai MB. Mereka merancang membuat piket, mengedar risalah dan menghantar memorandum kepada Anwar Ibrahim agar Khalid dipecat.

Yahya menuduh Khalid mementingkan kroni-kroni untuk membolot projek dan menyisihkan pejuang-pejuang lama Keadilan. Khalid dituduh mementingkan kumpulan korporat elit dn meminggirkan kumpulan reformis & marhaen.

Khalid dituduh mendapat komisen dengan beri projek rumah kedai kepada Lim Kim Hong (kroni Khalid) di Seksyen 7, Shah Alam. Lim Kim Hong adalah bekas pemegang saham Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Bhd. Kini perniagaan Lim kembali aktif dengan pertolongan Khalid melalui syarikat Sumurwang Sdn Bhd dan I Bhd.

Hubungan perniagaan Khalid –Lim bermula sejak Khalid memegang Guthrie lagi.

Ezam Mohd Nor pula menuduh Khalid mengutip derma daripada kontraktor-kontraktor yang memohon projek di Selangor untuk sambutan 100 hari Pakakatan Rakyat. Menurut Ezam duit yang diderma itu bukan untuk sambutan program sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun PKR.

Khalid mengakui mengutip derma daripada kontraktor dan dimasukka ke dalam akaun parti. Dakwanya perbuatan itu tidak salah (!).

Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam baru-baru ini tidak mencapai target sasaran seramai 100,000. Program itu diboikot oleh penyokong PAS kerana Nik Aziz dan Haji Hadi tidak hadir.

Penyokong PAS beranggapan program itu dimonopoli oleh PKR dan bertujuan untuk mengangkat Anwar Ibrahim. Kemarahan penyokong PAS semakin bertambah kerana hanya bendra dan banner PKR yang dipasang di dalam dan luar stadium.

Khalid pula menyalahkan PAS kerana cuba sabotaj program sambutan dengan tidak memasang bendera dan tidak hadir. Pas pula mendakwa Khalid memberi notis satu hari sebelum sambutan dan tiada perbincangan bersama dibuat sebelum ini bagi mengadalan program sambutan berkenaan.

No comments: